CYA SYAHIRA

Thursday, December 30, 2010

Percutian bersama kawan-kawan hari pertama..

.... Pada hari pertama di taiping..malas la nak tulis panjang2..pendek jew la saya ceritakan..mula-mula pergi ke tuutuuuutt ..silalah tengok gambar di bawah ea..hehehe




ini ialah istana lama negeri perak..saya pulang dengan hampa tau..tau kenapa??..sebab ia under constuction..jadi kitaorang terpaksa balik..


Ni lah tempat seterusnye..masjid ubu riah..mintak maap la kalau nama tersilap..kitaorg sempat jugaklah masuk ke dalam tengok keindahan bangunan masjid tersebut..sangat cantik dan sangat besar..kebetulan pada hari tersebut,ada pasangan yang hendak bernikah..:)










Selepas itu kitaorang pegi sini plak..muzium negeri perak..Di dalam ini terdapat pelbagai cerita tentang keluarga raja perak ini..dari keluarga raja itu sendiri hinggalah cucu2 beliau..malangnye pengunjung dilarang menangkap gambar..jadi kitaorang xdapat la nak kongsi dengan korang semua apa yang ada didalam muzium tersebut kecualilah korang sendiri datang ke situ..^_^..dan lupa nak bagitau..kalau korang masih digelar sebagai pelajar..korang boleh la dapat keistimewaan potongan harga..jadi korang dapat lah masuk dengan bayaran rm 2..



Cantikkan bangunan ini..ada kolam lagituh didepan bangunan ini..kiranyer berbaloi jugak korang datang kesini..


Kitaorang singgah sekejap je lah dekat sini..sekadar nak tangok pemandangan sungai..ada jambatan ler..korang tau x jambatan kat putrajaya yang besar,tinggi dan cantik dan jugak macam tuh la tapi xla secantik macam tuh..biasa jew..




Selepas tuh waktu petang pulak kitaorang pergi taman taiping..lawa sangat2 dan terlampau luas..penat lah jugak kitaorg jalan..nih jalan jer weyh kalau berlari alamatnyer ermmmmermmm..hhahahaha









Selepas tuh kitaorang balik sebab dah nak maghrib..Malam pulak kawan saya telah membawa kitaorang merasa ABC istimewa yang ada di negeri taiping jew..istimewa sungguh sebab lain dari lain..ada macam2 nama dan harga pon xla mahal sangat...



ini nadia punyer aiskrim..jangan curi k kalau engkau xnak badan akan jadi kering cam aku nh..hahhaaha



ini pulak fara punyer ABC..yang paling istimewa sangat..rasa dye bermacam2..tengok2..payung pon ada dalam ABC tuh..haa betapa istimewa ABC nih..korang penah ker tengok ABC macam nih..xpenah kan..hakhakhka


ini pulak saya punyer ABC.. ;)


Ini liyana pulak..ada buah lagituh kat ABC tuh..

Seronok sangat..Yelah bercuti bersama2 ngan kawan lain rasanyer dengan keluarga..bile lah lagi kitaorang dapat bercuti..yelah cuti semester kitaorang xmenentu..ada yang cuti cepat,pendek dan lama..Harap pada masa hadapan dapat lah lagi bercuti bersama2..HOORAY












.

Monday, December 20, 2010

TAIPING..

Salam..2 minggu yang lepas pergi bercuti bersama-sama kawan baik..
pergi ke taiping,perak di dalam negara jew..tidak mampu nak pergi jauh2 lagi2 luar negara,lagi lah xmampu..itu jew nak beritahu..hehehe

ps:nantikan saya upload gambar2 menarik saya pergi ke sana..lovely..;)

Thursday, December 9, 2010

54 keistimewaan wanita dalam agama islam..

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dihiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

49. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

50. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

51. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

52. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

53. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

54. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Facebook, yahudi dan Israel

Sebelum ini heboh diperkatakan tentang kebocoran maklumat-maklumat peribadi mereka yang mempunyai akaun facebook.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti…
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?


renung2kan erk..

results

Salam..10 disember nih keputusan peperiksaan akan keluar pukul 9 pagi..
harap2 lah semuanyer ok dan tiada untuk diulang balik..
ye lah ini dah akhir semester k0t..
kalau kena ulang balik,teruk jadinyer..xpasal2 bertambah lg 1 semester nanti..
hahahaha..kalau mak bapak kaya xape la jugak kan..ini p0n belajar guna duit pinjaman..amin..insyaallah..harap2 dapat keputusan yang amat berjaya..
semalam bermimpi dapat keputusan yang teramat lah elok..xtau la itu betul2 akan jadi kenyataan atau sekadar mainan mimpi jerk..
tapi berharap itu betol2 la..amin..:)

Tuesday, December 7, 2010

kenaikan berat badan

Salam..
hari nih bosan sgt..
tak tahu nak buat apa dah..
hendak tido, dah terlebih tido pulak..
klu nak makan, saya nih makan ikut mood..kalau rasa nak makan, jadi saya pegi la makan..
tapi kalau saya xada mood, jangan haraplah saya akan makan nasi untuk sehari tau..
pelik tapi benar k..contohnya,
ada tau org macam saya..orang rapat kepada saya..iaitu kwan saya yang bernama kering aka nadia.hahahaha..
jangan marah erk kering,..
nanti kalau badan k0 macam tiang pulak macam maner..
nanti lagi terok jadinyer..hahaha
oiitt syira ko dah terpesong cerita lain lah pulak..
sebenarnyer nak beritahu nih..badan saya dah menaik..
yeahhhh inilah yang diharapkan walaupon hanye 2 kg..
ye lah sebelum nih nak naik berat badan punye lah susah.tak tahu kenapa..
tapi walau macam mana pon masih xstabil lagi keseimbangan badan..
jadi, kena lah kena bertambah makan lagi..
g0 g0 chaiyok..hahaha

Friday, December 3, 2010

25 perkara tentang saya..

25 perkara tentang saya mungkin anda sudah tahu ataup0n dah tau selepas mmbaca ini..:)


1) Nama saya syahira,senang n pendek jew kan ;), kamu semua boleh panggil sayer syahira, syira, ira, ciya, si comel, si cantik n bla bla bla..hahahhaha

2) Sekarang masih belajar di peringkat diploma dan mengambil jurusan pengajian perniagaan.Harap-harap tahun depan dapat sambung di peringkat ijazah..^_^

3) Bercita-cita menjadi doktor, cikgu dan pramugari.ermm saya nih xla pandai sangat, keputusan spm pon cukup-cukup makan jew..jadi terlepas r cita-cita menjadi doktor..hahahaha..Kerjaya pramugari pulak kena ada ciri-ciri seorang yang pandai bergaya, terlebih cantik, mempunyai badan yang cantik, dan mempunyai sepasang mata yang mengoda yang boleh membuat orang tertarik dan terpikat dan engkau memang DA BOMB..hahahaha.Cikgu memang cita-cita saya yang sebenar2nye sebab memang sejak saya kanak2 dulu saya suka cakap seorang diri dan mngajar kepada orang yang xpernah wujud..macam gila lah k0t..0it jangan cakap camtuh k..nanges kang..Jadi keputusannyer I want to be a teacher .:)

4) Perangai baik yang saya ada ialah saya nih seorang yang penyabar, mempunyai cita2 yang tinggi, keputusan yang teguh mknenyer kalau saya kata itu jadi itu jela erk jangan engkau nk ubah2 k,hahhaha, suka menyimpan duet sejak sekolah dulu jadi kalau waktu sekolah dulu saya mampu membeli enset pakai duet sendiri,jadi harap2 la bila besar nanti saya mampu beli jet peribadi erk..hhaha..angan2 besar nih tau..alaaa poyo jew la k0.bluerrrkkk.;), pendiam, xsuke bergosip, xsuke menceritakan kburukan orang lain keculilah xtertahan dan terpaksa diluahkan dan tangkas..

5) Perangai buruk saya ialah pemalas, cepat cemburu, degil, panas baran wooo..hahhaha, lembap,mempunyai ingatan yang pendek mksdnyer benda2 yang berlaku 5 minit lepas pon saya mudah lupa..pelik tapi benar k..hahhahaa, pengotor sedikit bukan banyak erk, suke menanguhkan keja, dan xmenapati masa..banyak giler k0t.abes r jadi lah anak dara tua nanti..:(

6) Suka gile2 makan coklat.sanggup menghabiskan duet tiap2 hari semata2 mmbeli coklat..sebab tuh la gigi saya macam orang tua..hahahaha..kalau xmakan nasi pon xpe sebab dah kenyang makan coklat...sebab tuh berat badan xnaik2 pon..makan nasi sekali sehari pon dah cukup kot..

7)Perkara yang akan membuat saya akan membeli belah ialah barang kosmetik, kemudian barang kesihatan dan penjagaan diri, selepas tuh baru pakaian, kasut,beg tangan dan akhirnya baru aksesori..

8)Perkara yang membanggakn dalam hidup saya mungkin mempunyai lesen kereta dan motorsikal.alaa biase jew tuh..alaa kluarga k0 yang support k0 leh la.k0 ape jew bawak diri k0 pegi inmaju tuh jew...hahhaha

9) Terlalu mementingkan kecantikan wajah dan badan..sanggup membeli barang2 tah2 benda untuk muka dan wajah..hahahha

10) Mempunyai penyakit kulit dan rambut yang serius..

11) Pernah membotakkan kepala kerana mempunyai penyakit kulit kepala yang serius dan ganjil pada masa dahulu..sekarang xehh.kalau k0rang xcaya gi r periksa kepala aku nih erk.hahaha.ini mngkin balasan xreti jaga kebersihan dan selalu mengabaikan penjagaan rambut dan juga pakai tudung masa rambut basah..jadi sekarang nih terpaksa lah selang2 hari saya syampoo rambut kalau xnak kejadian dulu berulang lagi..^_^

12)Mempunyai kulit yang sensitif dan kering..ini bermaksud kalau saya salah makan,terpaksa la saya menahan penderitaan yang dasyhat..kesiankan saya..sekarng p0n saya terpaksa berhati2 bila makan dan mempunyai losyen badan yang ada di sisi saya sepanjang masa..kalau tak lagi terok k0t..

13) Meminati kereta mitsubishi lancer evolution dan peugeot..keinginan nih saya akan membuat ia mejadi realiti k..saya akan berusaha membeli kereta mitsubishi dan bukan iszpira erk..tolong jgn salah paham erk..hahaha

14) Disebabkan suka sangat menyimpan duet.hahaaha tah lah untuk apa tah.saya mempunyai buku bank iaitu ASB dan tabung haji..yelah simpan nih kan baik, yelah kite mana tahu masa depan apa nak berlaku jadi ia boleh digunakan pada suatu hari nanti.

15)Walaupun saya mempunyai sifat yang baik iaitu suka menyimpan duet itu bukan bermakna saya xpernah pegi membeli belah tau.setiap kali saya membeli belah saya boleh menghabiskan duet beratus2..nah amek k0..hahaha..jadi kesimpulannyer jangan percaya cakap syira nih dier cakap pusing sini n sana dan xserupa bikin..hahahaha

16) Saya nih seorang perempuan tapi tahap keganasan saya menyerupai seorang lelaki ahli tinju k..hahhaha..suka merosakkan harta benda rumah dan apa2 jew biler syahira mulai panas baran..
hahhaha..contohnye, pernah suatu hari tuh saya beli enset canggih nokia express music,tapi sayangnyer riwayat dye xmampu untuk bertahan lebih dua bulan..kesian kan enset tuh..hahaha..
baru korang tau i nh ganas..

17) Tahun 2010 ialah tahun yang paling sedih dalam hidup saya kerana berlaku benda2 yang bukan2.Mula2 saya kemalangan yang agak teruk sampai saya masuk icu di hospital..sepanjang saya hidup ini lah pertama kali saya masuk hospital disebabkan kemalangan..kemudian atuk saya yang telah jaga saya sewaktu saya kecil pergi meninggalkan dunia dan akhir sekali adik lelaki saya p0n meninggal dunia..ini mungkin qada dan qadar..astagfirullah..

18) Hari yang terlau sedih dalam hidup saya ialah sewaktu adik lelaki meninggal.selama beberapa hari saya xdapat tido n asyik menangis jerk..sampaikan dalam dewan peperiksaan p0n saya menangis..hhahha..lu jangan main2 erk walaupun gua ganas tapi gua terlalu bersifat sentimental k..hahhaha.dari empat adik beradik kini hanya tinggal bertiga jew..:(

19) xpenah lagi bepeluang pegi ke luar negara..negara jiran p0n xpenah jugak..kasian giler kan saya nih..

20) Terlalu bencikan negara israel..I hate you israel..sampaikan barang2 israel saya xpernah beli k kecuali la makanan dan minuman..haahaha..ehh cakap tadi benci..ish2..

21) Setakat nih pernah bercinta 3 kali.ini semua cinta palsu k..jangan percaya erk kawan2..hahahaha..lepas nh xnak bercinta lagi dan nak terus bernikah boleh x, mak..
hhahhahaa

22) Mempunyai impian nak bernikah seawal 25 tahun dan yang paling lewat p0n 27 tahun..
xnak la kawen lambat2 sangat nanti xlaku lah pulak..hahaha..ada masa 5 tahun lagi nih..
harap2 dapat jumpa la mr perfect.

23) Suka giler minuman dan makanan manis..berharap la masa tua nanti xada penyakit kencing manis...hahaha

24) Makanan kesukaan ialah nasi ayam, nasi paprik, nasi lemak, nasi pataya, mee laksa, mee soto, char keow teow dan sate..minuman pulak teh ais limau, jus oren, air lobak susu, air chocolate dan air neslo.

25) Hobi saya pulak adalah tido, melayari internet, berjalan2, mendengar radio, membaca majalah bukan buku ilmiah tau..hahhahaa dan xlupe jugak makan coklat..kihkihkih