CYA SYAHIRA

Monday, February 13, 2012

Gunung datuk part 1.

Assalammualaikkum..


Semasa di universiti, saya ada masuk kelab.Macam kat sekolah dulu lah,ada persatuan, kelab, dan badan beruniform.Hehe.Tapi kat sini saya hanya masuk kelab jew.(pemalas bukan?).Kelabnye ialah kelab rekreasi atau nama mukabukunye ialah trex recreation club.hehe.Jadi macam biasa mesti ada macam-macam aktiviti kan.Aktiviti sewaktu semester lepas ialah merentas desa,panjat gunung datuk, pergi pulau pangkor dan tasik chini.Tapi aku pergi satu aktiviti jew iaitu mendaki gunung datuk.HAHA.




Mungkin rezeki aku kot sebab peluang aku nak pergi ke gunung datuk akhirnyer tercapai. Walaupon tempat dah penuh dan aku ialah orang yang terakhir yang bagi nama untuk pergi.Yelah orang yang boleh pergi hanya terhad kepada 60 orang sahaja.Sebenarnyer aku dah tak boleh pergi sebab dah penuh.Merayu-merayu bagai nak rak dan hasilnyer ialah aku dapat pergi oke.Ini lah maknanyer kesabaran yang ikhlas dan jitu.Chewahh.Lambat tahu ada aktiviti macam inilah menyebabkan aku bagi nama lambat dan ini akan bagi pengajaran untuk aku selalu mengikuti apa-apa maklumat terbaru berkaitan dengan kelab ini.Perrggghh tersenyum gila sebab akhirnyer usaha saya berbaloi.Yelah kalau saya nak sesuatu tuh saya akan berusaha terlebih gila(tapi tak lah sampai saya betul-betul jadi orang gila oke).Tapi bukan semua yang saya nak tuh dapat dan tengok keadaan jugaklah..ermm mungkin ada hikmahnyer.Sabar jew lah.


Kitaorang kena bayar rm 40 termasuk makanan siang dan malam, juru pandu sewaktu di sana, dan tshirt.Berbaloi lah kan.Lupa pulak pergi gunung datuk dari 26 oktober hingga 27 oktober.Bulan berapa agak lupa bila.Hehe.Bertolak pukul 10 lebih pagi dari hostel,sepatutnyer bertolak pukul 9 pagi tapi bas sampai lambat.Disebabkan gunung datuk ada kat daerah rembau di negeri sembilan , jadi perjalanan dari melaka ke rembau agak jauh, termasuk kitaorang 2 buah bas berhenti sekejap kat perhentian nilai(agaklah sebab dah lupa).Di perhentian kitaorang beli apa yang patut dan buat apa yang patut.Di sana, sampai lebih kurang pukul 12 lebih tengahhari.Bas tuh cuma berhentikan kitaorang kat persimpangan jalan jadi kitaorang kena berjalan untuk pergi ke tempat kitaorang nak berkhemah sebelum nak mendaki.Kiaorang pasang khemah kat kaki gunung unutk buat pelbagai aktiviti sebelum mendaki sebab kitaorang mendaki pada pagi sebelum subuh pada hari esok dan beristirehat.Fuhh agak penat jugaklah sebab beg aku nih ha berat nak mampos.Beg sekolah adik aku nih la menambahkan lagi berat kat badan aku nih.Belum lagi mendaki dah penat, macam mana tuh kan??.



Inilah kawan-kawan sekhemah dengan saya.
Yang biru tuh khemah kitaorang.Kecik bukan kalau dibandingkan dengan khemah disebelah.Unfair!!


Sampai ke tempat sepatutnyer,kitaorang mendirikan khemah.1 khemah kitaorang kongsi dari 3 hingga 4 orang.Disebabkan ini kali pertama aku menghadirkan diri untuk aktiviti untuk kelab ini ,aku apa lagi redah jew la tinggal dengan mana-mana orang aku tak kesah janji tak tido sesorang.Fuhh kitaorang mendirikan khemah punyalah lama,haha dah lama kot aku tak mendirikan khemah..Kali terakhir aku mendirikan khemah sewaktu aku pergi perkhemahan bomba semasa aku sekolah menengah dulu.Dah lama kan aku tak buat aktiviti macam ini kan??.Sebaik abang dan akak senior ada tolong kitaorang, akhirnyer tadaaa dah siap walaupon kecik jew.Dan boleh pulak petang tuh hujan lebat dan air bertakung kat tempat khemah tuh dan ia menyebabkan banjir.(korang jangan ingat rumah jew boleh banjir, khemah pon boleh oke).Kahkah.Banjir kot kat tempat khemah tuh.Haha.Nasib malang betul sebab tak bawak surat khabar nak alas tempat kitaorang.Yelah tak terpikir lak boleh jadi macam tuh kan.Khemah tuh dah la kecik dan menyebabakaa kitaorang tak selesa sebab habis pakaian basah dan rasa rimas giler kot.Tapi bila pikir balik,seronok gila kot.Selain ada perasaan teruja nak memanjat gunung, macam-macam peristiwa telah berlaku yang menyebabkan kitaorang boleh ia ambil sebagai pengajaran.Tunggu semester depan, dengar cerita kelab nih buat lagi banyak perkhemahan.Semua nak pergi nanti yeahhh!!.

Pada waktu petang tuh, kitaorang solat zuhur dan selepas itu kitaorang buat macam-macam aktiviti di antara main teka teki, buat lagu untuk team sendiri, dan tetiba hujan pulak.haha.Apa lagi main sambil mandi hujan..Lepas tuh rehat sebab malam tuh rancangan nak buat aktiviti lagi.Setelah mandi air terjun(sila jangan jeles oke), kitaorang sembahyang asar dan makan.Nyum nyum walaupon tak seberapa tapi telan jugak.Tapi apa-apapon terima kasih kat abang juru pandu dan kawan-kawan dia sebab bersusah payah sediakan makanan untuk kitaorang.Rasa bersyukur lah erk lagipon kitaorang dah bayar duet bukan?.Jangan buat lupa pulak seyh.Tapi aku agak bengong lah jugak sebab tak bawak pinggan dan cawan jadi terpaksalah pinjam orang punye bekas.Jadi terpaksa menunggu setiap kali nak makan kena tunggu kawan habis makan jadi bolehla aku nak makan.Alhamdullilah.Kenyang perut.Setelah rehat dan bersolat maghrib,kitaorang tidor.Sepatutnyer nak buat aktiviti malam tuh jugak tapi dah lambat.Yelah esok dalam pukul 3 pagi kitaorang dah kena bangun dan bersiap untuk mendaki gunung datuk.



Pemandangan dari puncak gunung datuk.Tenang bukan?.



Yup.Thats absolutely right.Do whatever you like without forced by others people.



Ps: Tunggu sambungannye selepas ini.Haha.Saje nak buat suspen .;)