CYA SYAHIRA

Tuesday, February 28, 2012

Gunung datuk part 2

Pukul 3 pagi tuh kitaorang bertolak.Tapi sebelum kitaorang mendaki,kitaorang buat senaman ringkas macam rengangan kaki dan tangan, dan macam-macam lagi.Perghh gunung datuk tuh curam gila kot.Macam mana erk, cuba anda bayangkan piramid, condong ke atas.Tapi yang memebezakan piramid dengan gunung nih ialah, piramid batu bata dan gunung tediri dari tanah yang tak rata dengan banyak pokok-pokok, daun-daun, semak samun, dan macam- macam lagi.Tah macam mana kitaorang satu pasukan tersalah jalan sebab kitaorang nyer juru pandu tersalah ikot jalan.Jadi kitaorang terpaksa patah balik untuk amik jalan yang betul.ermm aku dah agak dah mesti ada benda yang tak kena kalau patah balik.Tapi aku cuba berfikiran positif dengan anggap aku dan pasukan aku mula dengan jalan yang baru.

Aku nih suka sangat fikir sesuatu yang negatif.Masa patah balik tuh, aku tertiba dengar sesuatu yang pelik.Masa tuh hati aku dup dap tau dan jantung aku berdegup dengan pantas,yelah dengar sesuatu yang pelik.Dah lah masa tuh aku antara orang yang beratur kat belakang.Bahaya siot.Aku perempuan yang terakhir, lepas aku ada beberapa jew lelaki.Tapi hari tuh bukan kitaorang je yang mendaki tapi ada banyak lagi rombongan yang lain.Disebabkan kitaorang ramai, jadi kitaorang harus bagi laluan terhadap rombongan lain.Jadi sebab aku dah rasa pelik, aku baca surah kursi.Nak lebih afdal aku ulang-ulang sebanyak 3 kali ayat teakhir surah yassin tuh.Alhamdullilah lepas tuh aku tak dengar dah sebarang buny yang pelik-pelik.Korang tau apa aku dengar ialah "Tooolooonnggg" sebanyak beberapa kali.Menyeramkan bukan.











Sebelum nak sampai kat puncak gunung datuk tuh, kitaorang berhenti kat gunung senyum.Gunung senyum tuh terletak kat gunung datuk tuh jugak.Kenapa gunung senyum?.Ooops saya mintak maap yea sebab saya dah lupa la tapi saya ingat ada mengena dengan pokok ker atau tempat tuh sendiri.Kat situ jugak ada tempat tadahan air macam sungai lah.Tapi kitaorang tak pergi sebab jauh lagipon dah lambat.Kitaorang sampai kat gunung senyum tuh pon dah terlambat lebih kurang pukul 5 setengah lebih pagi.Masa tuh baru azan subuh nak berkumandang.Masa kitaorang rehat kat situ,kitaorang dengar ada bunyi orang mengaji.Pelik bukan kat puncak gunung ada dengar suara orang mengaji.Jangan takut ea sebab ini bukan cerita hantu ada seumpamanya sebab kat situ ada perkampungan.Mungkin perkampungan orang asli.Setelah azan subuh berkumandang, kitaorang semnbahyang subuh.Kitaorang terpaksa buat dua kali sebab tempat tuh kecil lagipon tikar tak cukup.Disebabkan kat situ tak ada air dan kitaorang terpaksa menggunakan air yang dibawa oleh kitaorang sendiri, jadi kitaorang hanya berniatkan untuk mengerjakan sembahyang jew.Masa tuh kan darurat dengan pakaian kotor dan menggunakan kuantiti air yang sangat sedikit.

Selepas tuh, baru kitaorang bertolak.Usahlah korang tanya perasaan aku macam mana sebab memang aku rasa nyawa aku memang dah hampir-hampir hunjung nyawa dah sebab kitaorang baru sampai kat pertengahan gunnung datuk.Memang terukkan.Aku ingat atsa tuh ok tak macam yang kat bawah tuh tapi lagi teruk kot.Masa tuh hati aku dah nak menangis dan air mata aku bila-bila masa jew nak jatuh kat pipi.Mas tuh macam-macam ayat yang keluar kat mulut aku nih.Semuanyer salah aku sebab aku tak prepared apa-apa.What the hell oke!!.Aku masa mendaki tuh aku tak ada kaan yang berpasangan dengan aku sebab aku mungkin boleh share badan untuk angkut beg.Jadi semuanyer bergantung kat badan aku yang keremping nih untuk angkut beg yang besar macam beg budak sekolah.Dalam beg sekolah adik aku pulak, ada macam-macam makanan, 2 botol besar air mineral campur dengan sebungkus mee yang dimasak untuk dibekalkan oleh ajk kelab kitaorang untuk kitaorang makan kat atas puncak gunung nanti.Baik bukan akak dan abang kelab nih.Nih makin sayang nih.HAKHAK.


Tadi kat kaki gunung macam piramid kan dyenyer gunung tapi bila dah berhampiran dengan puncak gunung, dyenyer macam tiang lampu.Terus tegak,lagi susah, bahaya dan maha hebat.Tup-tup dalam pukul 8 kot kitairang dah sampai.Yeahhh saya rasa bebas.Choop nanti dulu ini bukan pengakhirannyer oke sebab kita mesti naik tangga untuk sampai ke lebih atas dari puncak.Macam nih la kat atas puncak tuh ada batu-batu besar.So nak berdiri kat atasa bati besar tuh, kita mesti naik 3 kali tangga.Sebaik juru pandu tuh lagi sekali menonlong dan memerhatikan kitaorang.Yelah kalau cedera atau jatuh, nanti susah diorang pulakkan.Kat situ kitaorang ambil gambar, berehat, makan-makan, menghirup udara pagi yang segar dan sejuk.Rasa sangat berpuas hati.Inilah pengalaman yang sengat menyeronookan.Tapi ini bukan lagi pengakhiran sebab ada lagi cabaran dan kesukaran yang kene dihadapi.

Selepas seketika dalam pukul 9 pagi lebih,kitaorang dah bersiap sedia untuk turun kebawah.Nampahnyer kitaorang terpaksa menghadapi lagi cabaran iaitu kena turun ke kaki gunung.Bila hari dah siang baru kitaorang tengok rupa sebenar tanah gunung datuk tuh macam mana,dah lah curam,banyak pokok berduri,dahan nipis,tanah yang tak rata dan licin.Naik ke atas pon susah dan bila turun lagi susah.Uwargghh tapi ini bukan macam mendaki sebab kalau mendaki guna seluruh kekuatan kaki,tapi bila turun ke bawah guna kekuatan tangan untuk menghalang diri sendiri dari jatuh atau tergelincir.Merbahaya bukan.(Ingat stacy sekejap,chewahhh).

Nasib begitu malang,tah macam mana tangan aku tak kuat nak pegang dahan, aku akhirnyer tegelincir ke bawah.Perghh dasyat kot.Macam main gelonsor jugak r rasanyer.Best kot (anda nak cuba?) tapi nasib baik kaki tak ada apa-apa.Tak ada bengkok dan tiada pendarahan berlaku cuma rasa sakit sedikit dan ini melancarkan perjalanan dengan cepat.Haha.Tapi kaki terlipat kot masa aku tergelincir.Alhamullilah masih ok lagi.Masa tuh kat puncak lagi dan masih jauh lagi perjalanna ke kaki gunung, dan buat kali kedua aku tergelincir lagi.Adehh nasib malang betol bukan?.Tapi ini dah tak ada kaki berlipat cuma bergayut macam tarzan.Hoyeahh.Best kot.Selepas tuh oke dah cuma termegah-megah cepat diorang(ahli pasukan kitaorang) turun dengan agak laju.Tuh sebab kejadian tadi boleh berlaku sebab nak cepat punya pasal.(lagi cepat lagi bagus bukan).


Alhamdulillah akhirnyer sampai ke kaki gunung.Kat kaki gunung tuh ada tempat air terjun dan kat situlah kitaorang mandi.Lelaki dan perempuan mandi tempat beransingan oke, ta baik tau pikir bukan-bukan.Dush dusssshh(Amek percuma aku bagi korang)(HAHA gelak setan jap).Sampai-sampai jew kat kaki gunung,kitaorang pergi kat kedai berhampiran untuk beli air.Aku apa lagi langkah semakin laju menuju ke kedai tersebut untuk mencapai air bergas yang sejuk.Nyum-nyum.Aku terpaksa meminjam duet kat abang senior sebab tuh tak bawak duet.Nanti ganti balik lah(Dah bayar balik dah pon).Selepas tuh kitaorang mandi kat air terjun tuh untuk membersihkan badan.Nyum-nyum sebab rasa lega sangat badan.Air terjun dari gunung kot.(jangan jeles).(Yelah korang mandi dari air paip bukan).Kahkah.

Selepas sembahyang zuhur,makan dan kemas barang-barang kitaorang dan simpan balik khemah,Kitaorang bersedia nak balik ke hostel.Lebih kurang pukul 4 petang kitaorang sampai ke hostel atau rumah masing-masing.Alhamdulilah selamat sampai dan tiada apa-apa yang teruk berlaku.Amin.


Kawan-kawan semasa mendaki gunung arituh.

Ps:Haha.cuba la baca semua kalau boleh..Laju semacam jew macam train.;).Nih semua tak ada edit-edit pon.Tulis jew apa yang terlintas kat fikiran.Salam.


Monday, February 13, 2012

Gunung datuk part 1.

Assalammualaikkum..


Semasa di universiti, saya ada masuk kelab.Macam kat sekolah dulu lah,ada persatuan, kelab, dan badan beruniform.Hehe.Tapi kat sini saya hanya masuk kelab jew.(pemalas bukan?).Kelabnye ialah kelab rekreasi atau nama mukabukunye ialah trex recreation club.hehe.Jadi macam biasa mesti ada macam-macam aktiviti kan.Aktiviti sewaktu semester lepas ialah merentas desa,panjat gunung datuk, pergi pulau pangkor dan tasik chini.Tapi aku pergi satu aktiviti jew iaitu mendaki gunung datuk.HAHA.




Mungkin rezeki aku kot sebab peluang aku nak pergi ke gunung datuk akhirnyer tercapai. Walaupon tempat dah penuh dan aku ialah orang yang terakhir yang bagi nama untuk pergi.Yelah orang yang boleh pergi hanya terhad kepada 60 orang sahaja.Sebenarnyer aku dah tak boleh pergi sebab dah penuh.Merayu-merayu bagai nak rak dan hasilnyer ialah aku dapat pergi oke.Ini lah maknanyer kesabaran yang ikhlas dan jitu.Chewahh.Lambat tahu ada aktiviti macam inilah menyebabkan aku bagi nama lambat dan ini akan bagi pengajaran untuk aku selalu mengikuti apa-apa maklumat terbaru berkaitan dengan kelab ini.Perrggghh tersenyum gila sebab akhirnyer usaha saya berbaloi.Yelah kalau saya nak sesuatu tuh saya akan berusaha terlebih gila(tapi tak lah sampai saya betul-betul jadi orang gila oke).Tapi bukan semua yang saya nak tuh dapat dan tengok keadaan jugaklah..ermm mungkin ada hikmahnyer.Sabar jew lah.


Kitaorang kena bayar rm 40 termasuk makanan siang dan malam, juru pandu sewaktu di sana, dan tshirt.Berbaloi lah kan.Lupa pulak pergi gunung datuk dari 26 oktober hingga 27 oktober.Bulan berapa agak lupa bila.Hehe.Bertolak pukul 10 lebih pagi dari hostel,sepatutnyer bertolak pukul 9 pagi tapi bas sampai lambat.Disebabkan gunung datuk ada kat daerah rembau di negeri sembilan , jadi perjalanan dari melaka ke rembau agak jauh, termasuk kitaorang 2 buah bas berhenti sekejap kat perhentian nilai(agaklah sebab dah lupa).Di perhentian kitaorang beli apa yang patut dan buat apa yang patut.Di sana, sampai lebih kurang pukul 12 lebih tengahhari.Bas tuh cuma berhentikan kitaorang kat persimpangan jalan jadi kitaorang kena berjalan untuk pergi ke tempat kitaorang nak berkhemah sebelum nak mendaki.Kiaorang pasang khemah kat kaki gunung unutk buat pelbagai aktiviti sebelum mendaki sebab kitaorang mendaki pada pagi sebelum subuh pada hari esok dan beristirehat.Fuhh agak penat jugaklah sebab beg aku nih ha berat nak mampos.Beg sekolah adik aku nih la menambahkan lagi berat kat badan aku nih.Belum lagi mendaki dah penat, macam mana tuh kan??.



Inilah kawan-kawan sekhemah dengan saya.
Yang biru tuh khemah kitaorang.Kecik bukan kalau dibandingkan dengan khemah disebelah.Unfair!!


Sampai ke tempat sepatutnyer,kitaorang mendirikan khemah.1 khemah kitaorang kongsi dari 3 hingga 4 orang.Disebabkan ini kali pertama aku menghadirkan diri untuk aktiviti untuk kelab ini ,aku apa lagi redah jew la tinggal dengan mana-mana orang aku tak kesah janji tak tido sesorang.Fuhh kitaorang mendirikan khemah punyalah lama,haha dah lama kot aku tak mendirikan khemah..Kali terakhir aku mendirikan khemah sewaktu aku pergi perkhemahan bomba semasa aku sekolah menengah dulu.Dah lama kan aku tak buat aktiviti macam ini kan??.Sebaik abang dan akak senior ada tolong kitaorang, akhirnyer tadaaa dah siap walaupon kecik jew.Dan boleh pulak petang tuh hujan lebat dan air bertakung kat tempat khemah tuh dan ia menyebabkan banjir.(korang jangan ingat rumah jew boleh banjir, khemah pon boleh oke).Kahkah.Banjir kot kat tempat khemah tuh.Haha.Nasib malang betul sebab tak bawak surat khabar nak alas tempat kitaorang.Yelah tak terpikir lak boleh jadi macam tuh kan.Khemah tuh dah la kecik dan menyebabakaa kitaorang tak selesa sebab habis pakaian basah dan rasa rimas giler kot.Tapi bila pikir balik,seronok gila kot.Selain ada perasaan teruja nak memanjat gunung, macam-macam peristiwa telah berlaku yang menyebabkan kitaorang boleh ia ambil sebagai pengajaran.Tunggu semester depan, dengar cerita kelab nih buat lagi banyak perkhemahan.Semua nak pergi nanti yeahhh!!.

Pada waktu petang tuh, kitaorang solat zuhur dan selepas itu kitaorang buat macam-macam aktiviti di antara main teka teki, buat lagu untuk team sendiri, dan tetiba hujan pulak.haha.Apa lagi main sambil mandi hujan..Lepas tuh rehat sebab malam tuh rancangan nak buat aktiviti lagi.Setelah mandi air terjun(sila jangan jeles oke), kitaorang sembahyang asar dan makan.Nyum nyum walaupon tak seberapa tapi telan jugak.Tapi apa-apapon terima kasih kat abang juru pandu dan kawan-kawan dia sebab bersusah payah sediakan makanan untuk kitaorang.Rasa bersyukur lah erk lagipon kitaorang dah bayar duet bukan?.Jangan buat lupa pulak seyh.Tapi aku agak bengong lah jugak sebab tak bawak pinggan dan cawan jadi terpaksalah pinjam orang punye bekas.Jadi terpaksa menunggu setiap kali nak makan kena tunggu kawan habis makan jadi bolehla aku nak makan.Alhamdullilah.Kenyang perut.Setelah rehat dan bersolat maghrib,kitaorang tidor.Sepatutnyer nak buat aktiviti malam tuh jugak tapi dah lambat.Yelah esok dalam pukul 3 pagi kitaorang dah kena bangun dan bersiap untuk mendaki gunung datuk.



Pemandangan dari puncak gunung datuk.Tenang bukan?.



Yup.Thats absolutely right.Do whatever you like without forced by others people.



Ps: Tunggu sambungannye selepas ini.Haha.Saje nak buat suspen .;)

Friday, February 3, 2012

Subjek-subjek kewangan.

Assalammualaikkum..



BOSAN



BOSAN




BOSAN

Ok2..Cukup-cukup la tuh.Disebabkan sekarang saya sedang cuti semester selama sebulan setengah.Sekarang tak buat apa-apa(malas nak kerja), saya buat aktiviti yang sama pada setiap hari selama saya bercuti nih.(Macam karma la pulak kan).HAHA.Tido, makan, mandi, keluar teman mak, tengok tv, main facebook(ehh mukabuku la) dan ini menyebabkan saya semakin gila dan arrggghhh(dah gila lah tuh).HEHE.Aisshh mak cakap tak baik la cakap gila.Bagitahu mak kan.:')


Masa entri yang lepas,saya ada menjanjikan sesuatu kan.Cer cer ingat balik.1 2 3 4 5 6 7.Mesti tak ingat nih.Saya tahu lah sapa jew yang baca nih.Tak ada sape-sape.Saya jew sorang yang baca belog nih,saya tanya orang dan saya jugak yang jawab balik.BAGUIH KAN..Macam gila la pulak minah nih.(tapi kadang aku terpikir jugak perkara yang sama).Kehkeh.eayhh..Gelak sakan ea.

Perkara yang aku nak cakapkan ialah perkara lepas-lepas sebenarnyer yang telah berlaku.Banyak peristiwa dan perkara telah berlaku semasa aku belajar di situ.Satu persatu yea aku beritahu korang.Nak bagitahu masa aku belajar tak sempat.Damn serius aku ingat aku boleh rileks.Tapi dasyhat kot waktu belajar ijazah .Setiap hari sibuk lagi-lagi nak dekat cuti tak kira la cuti pertengahan atau cuti belajar untuk peperiksaan akhir. Tapi kalau pelajar tuh memang serius nak belajar,aku rasa dia boleh mengurus masa dengan lebih baik dan betul.Macam aku banyak jew main-main.Saja jew nak bagi tekanan kat korang.HAHA(gelak menangis).Kalau korang nak terseksa masuk la uitm.Universiti lain aku tak tahu la macam mana.Mungkin sama atau tak tapi ikot kursus pengajian la.

Disebabkan aku budak lepasan diploma uitm, jadi aku diberi keistimewaan melompat ke udara.yeahh..Chewahh hang lompat ke udara pakai apa eyyhh..Sayap erk??Kwang kwang..Maksud saya lompat terus ke semester ke tiga.Walaupon begitu ada syarat-syaratnye ye dik.Di antaranyer anda perlu mendapat 2.5 cgpa ke atas.Kalau tidak anda perlu ke semester 1 tapi anda ada keistimewaannye jugak ialah anda boleh dapat pengecualian kredit ke atas subjek-subjek yang tertentu.

Jadi ia bergantung kepada keputusan akhir.Jikalau korang ambil subjek kewangan, anda perlu jugak mendapat sekurang-kurangnyer b dalam subjek FUNDAMENTALS FINANCIAL MANAGEMENT.Jikalau tidak,anda perlu mengambil lagi semula subjek tersebut semasa pengajian ijazah ini.Cuba korang teliti uitm universiti tak berkualiti sangat ker??Yelah kebanyakkan orang lain ingat uitm lah universiti yang paling teruk sebab kualitinyer rendah.Memang yeah pada mula-mulanyer sebab nak penuhkan uitm(uitm kan universiti untuk bumiputera sahaja)tapi kita dilatih oleh uitm untuk berjaya.Sebab tuh sekarang budak uitm yang paling senang dpt kerja dan paling laku..Alhamdulillah.Aku harap aku pon macam tuh jugak.Amin.


Kursus pengajian yang aku amek semester 3..

Mata pelajaran yang wajib pelajar semester 3 ambil ialah

Speaking presentation.
Arabic language.
Qualitative management statistics.

Ini pulak subjek yang wajib diambil oleh pelajar fakulti peengajian perniagaan.

Personal financial planning.
Personal developement.


Subjek ini hanya untuk pelajar pengajian perniagaan dalam kewangan sahaja

Financial management institutions.
Corporate finance.


Jadi semuanyer ada 7 subjek.Kalau nak naikkan pointer,kena bagi lebih perhatian kepada subjek-subjek kewangan sebab ia akan jugak bagi kesan kepada pointer.TERLEBIH BAGI KESAN OKE.


Apa lagi yea aku nak cakap.Sebelum menulis pelbagai cerita, aku nak menulis macam-macam tapi bila bermulanyer aku nak menulis,ggrrr ggrrr otak aku tetiba kosong pulak.Ehh Haha.Idea pon dah tak ada tapi masih nak menulis lagi.Jap biar den berpikir dulu yo.Ini dio.



Video ini pulak memberitahu dan mengingatkan aku bahawa tiada apa-apa yang mustahil kat dunia nih kalau kita nak berjaya.Perkara yang paling penting kita kena sentiasa berusaha.Walau sekali kita jatuh tak seharusnye kita akan gagal selama-lamanyer kan.Selalunyer orang akan lebih berjaya selepas mengalami kegagalan kan.








Kita harus bersyukur sebab kita sempurna yang tak ada cacat celanyer, ada keluarga, boleh keluar jalan-jalan dan buat apa-apa sahaja di mana-mana.Serius oke.Kalau kita fikir hidup kita tak sempurna sangat macam orang lain(anak raja atau anak orang kaya), cuba korang tengok orang bawah kita yang hidup diorang lagi malang macam orang kat atas nih.Pikir-pikir la yea.:).Jangan berubah untuk orang lain sebab kita dah sempurna yang dah dicipta sebaik-baiknya sebagai makhluk allah.BE YOURSELF ok.

Wednesday, February 1, 2012

TAHUN 2012.

Assalammualaikkum..

Alhamdullilah dah masuk tahun 2012 kan.Tak sedar pon masa cepat jew masa dah berlalu.Tup-tup aku dah tua(pe gelak-gelak??suka ea?),TAPI KAN korang-korang semua nih lagi tua kan.HAHA.(gelak malu-malu).Kalau masa cepat berlalu,bermakna aku dah semakin tua dan ia bermaksud masa mati semakin cepat.Sorry la kawan mengingati mati itu harus.(mintak maap kalau salah hukum ea).Aku bukan saje-saje nak cakap pasal mati jea.Nak bagi ingat kat diri sendiri supaya berubah ke arah kebaikan dan bertaubat.(contohnyer macam tak buat lagi benda tak elok lagi pada masa hadapan .Saya tak tahu kenapa sya ingat pasal mati dan benda-benda yang berkaitan).

Mungkin ALLAH nak bagi peringatan ataupon petunjuk agar saya lebih insaf.Ye lah saya nih kadang-kadang nak buat benda ataupon aktiviti, tapi akhirnyer lansung tak buat apa-apa.Ye lah sifat PEMALAS saya nih memeng teruk dan kadang-kadang merugikan diri.Tapi tetap tak mahu berubah kan.Haha.Tapi insyallah saya akan tetap berubah dan kekal berubah menjadi lebih baik kerana allah.Amin.

Terover pulak aku nih kan.Sebenanyer aku nak tulis pasal WISHLIST aku untuk tahun nih.Hehe.Sepatutnyer nak tulis bulan januari tapi tah la ada je benda yang menghalang.Kan aku dah cakap faktornyer ialah SIFAT M ak nih.HEHE.Insaf-insaf la cik syahira dan cepat-cepat la perbaikinyer sifat anda.

MY wishlist for this new year and troughout the year is(macam nak buat esei jew padahal nak main2 conteng jew kat cini.):'))

1.PELAJARAN: Dapat pointer gpa 3.5 setiap semester.

Kalau boleh bukan untuk tahun ini sahaja tapi untuk tahun 2013 .Insyallah la ea.Anda mesti bertanya kenapa ia untuk tahun ini dan untuk tahun 2013 jew.lepas tuh??.Sebab tahun 2013 tahun akhir saya belajar dah lepas tuh bergantung kalau nak sambung belajar lagi atau nak kerja.(Bergantung kepada pasaran pekerjaan dan keseluruhan pointer saya).Apa yang penting usaha!usaha!usaha!.SYAHIRA BOLEH!!.Lupa perkara yang lain-lain yang tak penting dan fokus untuk berjaya.Berjaya di dunia dan di akhirat.







2.CINTA: Target aku lah sekurang- kurangnyer nak ada teman lelaki yang istimewa.(ataupon erti kata bermaksud pakwe.)

GATAL EA SYIRA.EHH apa salah nyer kan.ehh umur aku dah 22 tahun ok.Dah boleh kahwin dah pon.Ramai kawan aku dah kahwin dan ada anak dah pon.Tapi aku ada apa, teman lelaki pon tak ada.Kawan lelaki ramai tapi semua tak leh pakai.Mengamuk diorang kalau tahu aku kutuk diorang.Haha.(JUAL MAHAL).Tak pon tak laku sebenarnyer.Ciss.Tapi bukan semuanyer lelaki jahat,ada lelaki baik tapi jarang la nak jumpa macam perempuan jugakkan.Tak jumpa lagi ataupon mungkin dah ada tapi allah nak menguji aku kot supaya lebih bersabar.:).

Aku harap si dia sebab hanya aku jew tahu.Aku dapat rasakan dia Jodoh aku tapi aku berserah jew pada allah sebab kalau memang dia jodoh aku, walaupon aku terpisah 7 benua, 7 negeri, 7 negara,7 gunung, 7 lautan, tapi kalau allah dah tetapkan dia memang jodoh aku,aku sangat- sangat besyukur.aku harap ini bukan permainan perasaan ataupon gangguan syaitan.Amin.Tapi kalau tak,mungkin ada yang lebih baik menunggu kot.Yang penting jangan terlalu berharap sangat k.




3.Kewangan: Boros!!.Aku semakin boros kot walaupon duet aku simpan kat bank yang berasingan.HAHA. Tah macam mana tuh kan.Ini membuktikan semasa cuti semester(sekarang), saya hanya mampu duduk di rumah diam-diam (kalau dulu aku aktif sangat (waktu cuti semester)sebab sanggup pergi jusco, terminal, parkson sorang walaupon hanya window shopping je,Gila kan aku nih?).Ye lah bosan sangat.Sekarang nih kalau nak keluar kalau dah terpaksa sangat, kena buat muka kesian dan mintak duet kat mak dan dapat duet.HOOYEAH.







4.GAJET.

Aku setiap tahun mesti ada niat nak tukar enset tapi mesti tak tercapai.Tak tahu kenapa tapi yang peliknyer ada jew orang yang murah hati nak bagi enset kat aku dan seterusnyer rosak di tangan perosak enset(aku lah tuh).Kehkeh.Setiap tahun mesti berangan nak beli IPHONE tapi bila pikir balik-balik, mahal sangat macam tak berbaloi jew(duet pon cukup-cukup jew nak beli baju).Kehkeh.Harga rm 2000 lebih dan aku pulak hanya seorang pelajar sepenuh masa, macam tak ada guna nyer kalu hanya nak bermegah2 kat depan orang ramai dan bila enset tuh rosak,kita kena keluarkan sejumlah wang yang besar hanya untuk baikinyer.Setahu aku barangan jenama APPLE terhad jadi temapat nak baiki barangan APPLE pon terhad.Betul tak?aku rancang nak beli BLACKBERRY jew.lalala haha.ERKK ehh itu bukan mahal jugak ker cik shira oit??.Ceeit.





5.SOLAT.5 waktu.Aku hanya insan biasa dan tak sempurna.Memang aku akui tuh sejak dulu lagi.Aku memang nak berubah dari dulu lagi sampai la sekarang tapi masih tak berubah-ubah lagi.Macam mana tuh ea kawan-kawan.Aku rasa aku kena mandi bunga kot buang benda-benda yang tak elok kat diri aku nih.hihi.Susah sangat nak buat benda baik.Erm aku harap aku betul-betul dapat berubah.Tapi bila aku imbas balik peristiwa lepas terjadi kat aku,ada sesuatu aku dah berubah sedikit-sedikit walaupon bukan semua..Jadi aku memang bersyukur la.Yang penting niat tuh ikhlas dan kerana allah.

Tapi bukan sekadar solat 5 waktu jew aku nak jaga tapi aku nak jaga jugak bacaan-bacaan dalam solat.Sebab aku pernah baca kalau kita umat islam walaupon sembahyang 5 waktu tapi tak khusyuk dan banyak baca salah tajwid dalam bacaan surah, solat kita macam tak sah la.Itu disebabkan bila kita silap baca tajwid ataupon harakat, makna dalam sesuatu bacaaan surah tuh akan lari.MASYALLAH.Di samping itu jugak, maksud bacaan pon aku nak pahamkan jugak biar lebih tenang dan khusyuk aku sembahyang.





END.


DI atas tuh jew antara-antara benda yang aku ingat dan berharap nak buat tahun ini.Bukan semua benda tuh kita nak allah akan bagi.Yang penting usaha,kalau tak ada rezeki tahun ini mungkin akan datang lagi banyak rezeki yang allah bagi kan.Kita mana tau bukan.:).Berfikiran positif dan bersangka baik oke.

Aku jumpa video ini.AKU MENANGIS OKE.sekian.Dont ever give up!!





ps:mintak maap la kalau ada banyak kesilapan.Aku buat nih tergesa-tergesa.^_^

Tuesday, January 24, 2012

Hello..

Assalammualaikkum..

Alhamdullilah saya masih bernyawa,ada akal dan masih mempunyai keluarga.Dah lama rasanyer tak bukak blog ini.Berapa bulan ea??Jom kita kira sama-sama.Errm hampir 4 bulan rasanyer.Ooops saya mintak maaf bukan sebab malas(ada lah sedikit-sedikit sebenarnyer perasaan malas tapi korang buat la macam2 tak perasan k.Boleh kan??.hehe)tapi sibuk sebab baru sambung belajar ke yang lebih tinggi.Harap2 apa yang saya lakukan ini akan membawa saya kepada sesuatu yang lebih baik.Amin.





Alhamdullilah ini semua kurniaan dari allah dan semestinyer ini semua dari emak saya jugak.Yelah tanpa keputusan yang dibuat oleh emak pada masa dahulu,tak mungkin saya berada di sini sekarang.Bila saya pikir balik atau tengok balik kisah(macam pengalaman) dahulu,banyak benda buruk dari benda baik.Tapi kalau saya hayati,(chewah ayat nak klasik je an)dengan lebih mendalam,benda buruk tuh la yang akan membawa kita kepada benda yang lebih baik.Tak sedar kan semua tuh tapi ia memang betul.Tapi bukan semua benda buruk jew ada jew benda yang baik..Benda contohnyer macam peristiwa,harta,sifat,perlakuan dan macam2 lagi.

Kalau korang tak percaya cuba korang renung balik kisah korang yang lepas dan bandingkan dengan sekarang.Apa yang korang dapat??Betul kan?? Macam2 peristiwa telah berlaku kepada diri saya tapi kan kalau saya ceritakan tak habis2 pulak kan.Lagipon siapa nak dengar??Diri sendiri jugak adalah.

Apa lagi ea nak dicakapkan?Pikiaq syira..Oooh sekarang buat pengetahuan korang semua,sekarang tengah cuti semester selama lebih kurang 6 minggu.lama?Tak lama pon.:(.tapi kalau lama2 pon buat apakan??Kenapa tak kejekan?Ermm nak rehat sepuas2 nyer la.Lagipon kalau keje nanti,kesian kat mak tinggal sorang2 kat rumah.Sunyi jew.

Sebelum cuti semester 6 minggu nih,dah lama rasanyer tak balik rumah kira-kira hampir sebulan.Bukan tak nak balik tapi takut tak belajar jew bila balik rumah.Tau la macam2 ada yang menarik.Jadi saya merancang semasa cuti yang berbahagia ini saya nak penuhkan kat blog ini macam2 cerita berlaku semasa saya di tempat saya belajar itu.Ada macam2 cerita tau.Tapi tunggu erk,satu persatu.Saya berdoa semoga apa yang saya nak cerita semuanyer akan ditulis kat sini.:).Hehe takut tak sempat atau virua M(malas) saya menular.;)

Dah panjang sangat nih apa yang saya tulis.Ingatkan nak tulis sedikit jew.Tapi biasalah bila dah syok menulis,tengok2 dah panjang berjela.Tah2 apa yang saya tulis dah.K la selamat tinggal.Jumpa lagi pada entri yang akan datang.Macam-macam saya nak ceritakan..:).Saya ulangkan lagi supaya anda menunggu dan tertunggu.hehe.Ewahh macam blog popular jew padahal tiada apa2 pon.Keep optimistic thinking k kawan-kawan.Have a nice life.



PS: Terima kasih kalau sudi membaca k.

Saturday, August 27, 2011

Kematian

Aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir nih perkataan ini jew yang aku DENGAR, aku TENGOK dan aku BACA.(KEMATIAN).Adakah kemungkinan aku akan....??Tak mungkin?Mungkin.Kalau allah dah tetapkan kita memang mati hari itu,pukul berapa dan dimana bolehkah kita berkata "TIDAK", semestinye "TIDAK BOLEH".Sebab kita sekadar dipinjamkan sekejap sahaja didunia ini manakala tempat untuk didiami oleh kita untuk selamanya ialah di akhirat nanti.DUNIA INI HANYA PINJAMAN.

Ini semua uruan allah kan.Kita hanya insan yang lemah yang telah ditetapkan aturan perjalanan,nasib,jodoh oleh allah..Setiap yang hidup mesti akan mati jugakkan.Dan aku tahu kalau Allah hendak cabut nyawa seseorang yang masih muda lagi umurnyer bukan bermaksud allah nak sakiti hambanyer tapi nak menyelamatkan hamba2nye dari membuat doa yang terlampau banyak.Allah maha penyayangkan cuma kita jew tak nak bersyukur apa yang kita dah ada selama ini.Walaupon kita dah dilimpahi dengan macam2 nikmat,kita masih tak nak tahu rasa bersyukur.Masih nak mintak macam-macam.

Astagfirullah bila dengar jew perkataan DOSA serta merta aku tahu dari aku baligh aku dah buat dosa terlampau banyak.Sampai tak terkira.Eermm aku tak nak sentuh bab dosa nih banyak2 sebab aku bukan lah baik sangat.Aku memang tak sesuai nak bagi nasihat kat orang.Eermm...:)

Korang nak aku berubah??Ye aku memang tengah berubah tapi secara perlahan-perlahan.Aku kalau boleh nak buat benda tuh biar secara ikhlas dari hati dan berubah kerana allah bukan disebabkan desakan orang lain ataupon pengaruh disekeliling.Amin.Permudahkanlah urusan ku ya allah.

Korang baca tanda-tanda kematian ini yang mana terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Ps:Aku tak tahulah kenapa tapi hati aku sejak akhir2 nih semacam jew.Rasa macam dulu.Banyak orang2 yang disekeliling aku meninggal.Korang tahu apa maksud aku kan??Ada sumber beritahu setakat ini orang yang meninggal dah 70 orang tak termasuk yang meninggal disebabkan kemalangan tuh pun dah melebihi 1000 orang lebih.Astagfirullah.

Ps:Entri akan datang ialah kemungkinan pasal video atau cerita kematian.Aku bukan nak takutkan korang tapi nak kongsikan maklumat ini.Sekian.

Sebelum aku nak berundur aku nak kongsikan dengan korang video ini.Harap korang dapat iktibar dari video ini.Insyallah.



Aku hanya nak cakap:

Pertama Arwah di dalam video ini amat bertuah sangat kerana sebaik sahaja beliau tamat mengerjakan solat,dia terus jew meninggal dalam keadaan bersujud kepada allah.

Kedua Masjid yang arwah mengerjakan solat ialah di sebuah masjid yang terletak di Madinh.

Thursday, August 25, 2011

Sumbangan duit.

Assalammualaikkum.

Minggu depan dah raya dan tinggal lagi semingu jew lagi kita nak berpuasa.Rasa sekejap jew kan masa berlalu.Ini bermaksud lagi seminggu lebih lagi jugak saya akan masuk universiti.Yeah tak sabar rasanyer.Harap2 semuanyer berjalan lancar dan tak ada maslah besar.Amin.

Alhamdulliah setakat nih ada beberapa benda penting saya dah buat contohnyer print, photostat, mengambil gambar, buat medical checkup, dan amek cop pengesahan dari pengawai tertentu.Ada jugak benda lain tak siap contohnyer borang pinjaman ptptn dan bayar duit pendaftaran belum lagi siap sepenuhnye.

Ok buat pengetahuan korang hampir setiap negeri ada bagi duit kepada pelajar yang berjaya masuk ipts dan ipta.Contohnye macam negeri sembilan, pahang, selangor, terengganu, dan sebagainyer.Korang jugak boleh mintak pinjaman perdidikan kalau korang tak nak amek ptptn.Yelah interest tinggi ye kan??.Korang ada pilihan la dan mana korang rasa yang terbaik itulah korang mintak oke.

Masa aku amek diploma dulu,aku ada mintak sumbangan dari sebuah negeri iaitu negeri pahang.Yayasan pahang tak kesah korang ipta atau ipts asalkan korang dapat sambung belajar lah.Yayasan negeri sembilan aku ada cuba mintak jugak tetapi tak dapat sebab aku amik diploma di kolej swasta..Dulu sampai sekarang nak mintak sumbangan kat negeri sembilan agak ketat iaitu hanya pelajar yang bakal masuk universiti awam dan politeknik jew yang boleh mintak sumbangan ini.

Tapi sekarang aku tengok syarat nak mintak sumbangan atau pinjaman pendidikan kat negeri pahang lagi ketat.Tah la diorang ubah pulak kot.Korang kalau nak tengok korang tekan jew yayasan negeri sembilan, yayasan negeri pahang atau yayasan lain kat pencarian web tuh.Korang akan jumpa punye.

Berbalik cerita sepatutnyer.Dulu nasib aku agak baik jadi dapatlah jugak sumbangan dari negeri pahang.Kriteria bakal pelajar itu ialah dia atau salah seorang antara ibubapannye ialah orang pahang.Disebabkan aku lahir di pahang jadi secara automatiknyer aku dapat sumbangan itu.Tak lah banyak sangat sumbangan yayasan tuh bagi.Hanya berjumlah rm 500.Itupun masih tak cukup lagi nak bayar jumlah keseluruhan duet pendaftaran tau tak.Eermm.Tapi korang kena tahu setiap negeri lain jumlah sumbangannyer.Macam di negeri sembilan,duet yang yayasan bagi berjumlah rm 1000.Tak tahu lah betul ker tak tapi kalau tak silap aku masa aku nak ambil borang untuk sumbangan nih,dia ada cakap.Sekarang nih pulak aku hanya berusaha mintak dapat sumbangan bagi negeri sembilan nih.Kalau dapat,alhamdullilah la.

Ye terlupa nak beritahu kriteria dia sebijik macam negeri pahang.Kalau korang macam aku nih yang lahir kat satu negeri jew.Ermmm tak tahu lah aku kalau korang punye badan leh kerat terbelah dua kan.Hakhak.Maksudnyer bila korang lahir dari perut ibu korang,boleh ker sebelah badan kat negeri sini dan lagi sebelah badan kat negeri lain.Tentunyer tak boleh kan.Lol!!

Jadi korang tak yah risau sangat sebab kriteria tambahan diorang bagi kalau korang tak lahir kat negeri sembilan nih ialah sekurangnyer2 korang dah tinggal di salah satu negeri ini lebih dari 8 tahun.Disebabkan aku dah tinggal di negeri sembilan sejak berumur 11 tahun sampai 21 tahun,jadi yeah aku bakal kot dapat duet tuh.Amin.

Tapi apa dari pemerhatian aku proses nak dapatkan sumbangan duet dari yayasan pahang lagi cepat dari negeri sembilan.Errmm sabar je lah kawan2 yup.Yelah tadi setelah aku hantar borang sumbangan tuh,orang yayasan cakap lambat lagi adik.Erm akak dan abang,Adik nak masuk universiti lagi satu minggu lebih tahu tak.Mana nak cari duet?Aduyai macam2 nak bayar kot.Setelah aku print,photostat dan amik gambar pon dah rm 30 lebih.Emm realiti ok.Nih tak termasuk lagi kena bayar duet hostel dan pendaftaran masuk.

Aku harap jangan lambat sangat sudah.Ermm keluar kat surat khabar hari ini,kitaorang budak baru yang nak masuk universiti nih boleh tangguhkan dulu la bayar duet pendaftaran selagi duet ptptn tak masuk lagi.Kalau betul,alhamdulilah la.Tak payah nak pikir susah2 nak cari duet ye dak??

PS:Aku terperangkap kot.Masa aku nak ambil cop pengesahan dari ahli undangan negeri,aku disuruh mendaftarkan diri untuk pilihan raya.Ambil kesempatan betol la.Umno umno whatever will be,your not my choice.Haha.:)Do i care??NOT!!HA HA.